PENGUMUMAN! PENDAFTARAN TELAH DITUTUP

1.
Saya sudah memiliki lesen kelas D tetapi tidak lagi mempunyai sebarang lesen kelas B2 atau B. Adakah saya layak untuk memohon melalui program BL1M ini?

Program bantuan ini dibuat bagi membantu Rakyat yang memohon buat pertama kali untuk mendapatkan lesen motosikal B2 mereka. Oleh itu, hanya calon yang masih belum mempunyai sebarang jenis lesen memandu sahaja yang layak memohon.

2.
Kenapa BL1M hanya terhad kepada belia yg tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu sahaja.?

Program ini bertujuan untuk membantu belia yang pertama kali memohon untuk memperolehi lesen motosikal kelas B2 dengan harga yang berpatutan dan lebih rendah dari harga di pasaran sekarang.

3.
Adakah saya harus menduduki ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ terlebih dahulu sebelum mendaftar program BL1M?

Bagi menyertai program ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan sekiranya anda menepati semua syarat-syarat yang disenaraikan, anda wajib menduduki ujian-ujian yang telah ditetapkan sebelum lulus untuk mendapatkan lesen L.

4.
Mengikut program ini, sekiranya saya gagal dalam Ujian Motor yang pertama, adakah pembayaran seterusnya ditanggung saya sendiri untuk ujian yang KEDUA dan SETERUSNYA ?

Bagi ujian kali kedua dan ketiga Ujian Berkomputer Bahagian 1, tiada bayaran tambahan dikenakan. Untuk ujian praktikal, bayaran akan dikenakan bagi ujian selain dari ujian kali pertama.

Pihak BL1M telah mensyaratkan pihak IM mengenakan bayaran RM15 untuk ujian-ujian ulangan berbanding dengan kadar semasa sebanyak RM20

Kadar harga RM199 hanyalah untuk ujian berkomputer dan Ujian Praktikal kali pertama sahaja, memandangkan ujian praktikal ulangan memerlukan penggunaan motosikal secara fizikal, berbahan bakar petroleum dan kad ujian JPJ.

5.
Saya pernah membuat lesen sebelum ini tetapi tidak dapat menjawab ujian warna. Adakah saya masih layak untuk membuat lesen dengan bantuan Lesen 1 Malaysia ini?

Sekiranya anda masih belum mempunyai apa-apa jenis lesen memandu yang sah, anda boleh menyertai program ini. Sekiranya anda gagal ujian warna sebanyak 3 kali, anda akan dibenarkan untuk menduduki ujian berkenaan yang diadakan secara lisan di bawah kendalian JPJ.

6.
Saya masih mempunyai saman trafik dan belum lagi bercadang untuk membuat pembayaran. Saya juga belum memiliki lesen yang sah. Adakah saya layak untuk memohon melalui Program BL1M?

Anda adalah layak untuk memohon lesen di bawah program BL1M selagi saman-saman berkenaan belum disenarai hitamkan sama ada oleh pihak PDRM atau JPJ, dan anda adalah belia yang berumur 17 tahun ke atas pada 1 Jan 2013.

7.
Bolehkah permohonan Program BL1M ini permudahkan dan dapat diluluskan disebabkan saya sudah lama menaiki kendaraan motor tanpa lesen memandu yg sah?

Program ini adalah untuk membantu dari segi kos pengambilan lesen B2. Walau bagaimana pun, bukanlah menjadi hasrat pihak penganjur untuk menyediakan jalan pintas atau ‘short cut’ ke arah mendapatkan lesen berkenaan. Modul Ujian yang digunakan adalah sama seperti yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ.

8.
Adakah Program BL1M ini akan dilancarkan di Sarawak dan Sabah juga?

Program ini merangkumi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Di Sabah, program BL1M akan diuruskan oleh Pemuda Parti-Parti komponen di sana dan di Sarawak pula akan diuruskan terutamanya oleh Pemuda PBB.

Maklumat lanjut akan dipaparkan di laman www.bl1m.my dalam masa terdekat. Anda boleh juga mengikuti perkembangan berkaitan di laman www.myeg.com.my

9.
Saya telah lengkap mengisi borang permohonan secara online dan telah menghantarnya. Walau bagaimana pun, maklumbalas yang diterima menyatakan “Maklumat Pemohon Telah Wujud”. Adakah permohonan saya telah diterima?

Maklumat ini menandakan permohonan anda telah pun direkodkan. Oleh itu, anda boleh mencetak semula maklumat yang telah dimasukkan dan menghantar borang permohonan tersebut berserta bayaran ke pejabat UMNO berhampiran di kawasan anda. Pendaftaran ini dibuka selama 2 minggu mulai dari 1hb Feb 2013.

10.
Bagaimanakah sekiranya saya terlupa mencetak borang penyertaan yang telah diisikan secara online?

Sila KLIK DISINI, masukkan nombor IC anda dan cetak borang permohonan tersebut.

11.
Adakah jangka masa tertentu sahaja permohonan BL1M ini boleh digunakan?

Program ini ditawarkan untuk tempoh yang tertentu sahaja. Pendaftaran hanya dibuka mulai dari 1hb Feb 2013 hingga 1hb Mac 2013.

Selepas pendaftaran dan bayaran tersebut dibuat, pihak Institut Memandu yang dilantik oleh penganjur akan menghubungi anda untuk langkah yang seterusnya. Maklumat lanjut berkenaan aliran program boleh diperolehi DI SINI.

12.
Bolehkah saya meminta pihak MyEG membuat permohonan bagi pihak saya?

Semua permohonan secara online untuk menyertai program BL1M, hendaklah di isi sendiri oleh pemohon.

13.
Bagaimana pula dengan orang yang buta huruf? Adakah sebarang bantuan/alatan yang bersesuai diberikan semasa ujian teori untuk pemohon yang buta huruf.

Pihak penganjur peka dalam hal sebegini dan didalam tindakan untuk mendapatkan kaedah terbaik bagi membantu kes-kes sebegini. Sebagai saranan awal kami mencadangkan anda untuk membuat pendaftaran secara online dan meneruskan hasrat anda untuk memohon lesen B2 melalui program ini.

Walaubagaimanapun, keputusan muktamad akan dimaklumkan oleh pihak penganjur. Sila layari laman web www.bl1m.my atau www.myeg.com.my untuk maklumat terkini.

14.
Bagaimana saya hendak semak status permohonan saya?

Sila KLIK DISINI dan masukkan nombor IC anda. Status permohonan anda akan dipaparkan.

17.
Adakah lagi BL1M selepas ini?

TIADA.Program ini akan tamat pada 1hb Mac 2013.

18.
Saya telah mengisi dan menghantar borang permohonan BL1M.Bolehkah saya bayar RM 199 selepas 1hb Mac?

Tidak Boleh.Pembayaran MESTI dilakukan pada atau sebelum 1 Mac 2013.

19.
Saya telah melakukan pendaftaran dan pembayaran RM 199 untuk BL1M,tetapi maklumat pendaftaran saya tiada dalam sistem BL1M bila di semak.Kenapa?

Sila kemukakan pertanyaan anda ke pihak yang menerima pendaftaran anda dahulu.Permohonan anda mungkin masih di pihak tersebut yang masih melakukan pemprossesan dan belum di kemaskini ke dalam sistem BL1M kami.

20.
Saya kini berada di tempat lain dari lamat yang telah saya isikan di dalam borang BL1M.Saya ingin melakukan perubahan tempat untuk mengambil ujian.

Sila emailkan/beri nama penuh,no ic dan alamt baru anda untuk dikemaskini ke sistem BL1M.Apa-apa perubahan maklumat akan hanya di layan sebelum tarikh 7hb Mac 2013 sahaja.

21.
Saya sudah mendaftar tetapi belum buat pembayaran.Saya ingin melakukan bayaran sekarang dan akan hantar kiriman wang/cek/bank-in slip sekarang.Nak poskan ke alamat mana?

Anda boleh pos laju ke alamat - BL1M ,MY E.G Services Berhad,Lot 5.01,Level 5,KPMG Tower,No.8,First Avenue,Persiaran Bandar Utama,47800 Petaling Jaya,Selangor.

Sila tuliskan nama penuh,no.kad pengenalan dan no.telefon pada dokumen berkenaan sebelum 1hb Mac 2013.

22.
Selepas berjaya mendaftar,bila akan saya menduduki ujian?Apa selepas pendaftaran perlu saya lakukan?

Sekiranya pendaftaran dan bayaran RM 199 anda telah berjaya,sila semak status anda seterusnya dalam ruangan SEMAK STATUS.Kami akan paparkan langkah seterusnya untuk makluman anda.Maklumat ini bergantung kepada bila/secepat mana pendaftaran anda dikemaskini ke sistem BL1M di tempat anda mendaftar dahulu.Anda juga boleh menghubungi kakitangan di tempat anda mendaftar dahulu.

23.
Saya sudah mendaftar BL1M secara online tetapi belum membuat pembayaran RM 199 .Bila disemak dalam sistem BL1M tiada maklumat pendaftaran.Kenapa?

Hanya pendaftarn yang telah diseretakan pembayaran RM 199 sahaja akan dikemaskini dan dipapar di dalam sistem BL1M untuk rujukan pemohon.Sila lakukan pembayaran anda pada atau sebelum 1 Mac 2013 ini.


 

SILA BERHATI-HATI DENGAN PENIPUAN DAN AGEN PALSU!!!
TIADA PEMBAYARAN TUNAI MAHUPUN APA-APA TRANSAKSI YANG AKAN DITERIMA.
RM199.00 MONEY ORDER HANYA DIBAYAR KEPADA

"MY E.G. SERVICES BERHAD"
ATAU BAYAR ONLINE DISINI